fbpx

Gol Maguire tutup kesilapan Stones

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE (tiga dari kiri) berjaya meledak gol kemenangan England ketika mereka menewaskan Poland 2-1 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Kapten Manchester United, Harry Maguire muncul wira apabila meledak gol kemenangan England menewaskan Poland 2-1 pada aksi Kumpulan I kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kemenangan itu dihantui dengan insiden tonggak pertahanan Manchester City, John Stones yang melakukan kesilapan sehingga membenarkan Poland menjaringkan gol melalui Jakub Moder pada minit ke-58.

Ia membolehkan Poland memadam gol pertama England da­ripada Harry Kane yang muncul penjaring sepakan penalti terbanyak The Three Lions selepas membuka tirai jaringan pada minit ke-19.

Pengurus England, Gareth Southgate tetap berpuas hati menyaksikan prestasi Stones yang bangkit menebus kesilapannya itu dengan mencipta gerakan jaringan buat Maguire meledak gol kemenangan pasukan.

“Stones tidak membiarkan kesilapannya itu menjejaskan persembahannya. Sebenarnya dia bermain dengan baik dan memainkan peranan yang cukup penting memastikan kami me­raih kemenangan ini,” katanya.

Maguire juga tampil memberikan sokongan kepada bek tengah berusia 26 tahun itu.

“Sebagai pemain pertahanan, kami mudah melakukan kesilapan dan selalu dipersalahkan apabila lawan menjaringkan gol. Tiada pemain gembira apabila melakukan kesalahan tetapi bangkit kemudiannya adalah penting.

“John (Stones) bermain dengan cukup baik sepanjang tahun ini. Ia tidak bermakna anda perlu menghukumnya disebabkan satu kesilapan yang dilakukannya itu,” jelas Maguire.

Sebagai rekod, England berjaya merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dalam aksi Kumpulan I setakat ini selepas terdahulu menewaskan San Marino 5-0 dan Albania 2-0 dalam dua aksi terdahulu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI