fbpx

Jemaah umrah bulan Ramadan ini tidak wajib ambil vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNTIKAN vaksin tidak diwajibkan kepada rakyat Arab Saudi yang ingin mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ini. - SPA

RIYADH – Rakyat Arab Saudi yang ingin menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun ini tidak diwajibkan mengambil vaksin koronavirus, lapor akhbar Arab News hari ini.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan orang ramai di laman Twitter pusat perkhidmatan pelanggan kementerian tersebut.

Bagaimanapun, kementerian pada awal minggu ini telah mengeluarkan surat pekeliling mewajibkan sektor yang beroperasi dalam perkhidmatan berkaitan haji dan umrah supaya memberi suntikan vaksin kepada semua pekerja mereka sebelum Ramadan yang dijangka bermula 12 April ini.

Pekerja yang tidak divaksin mesti mengemukakan bukti ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) yang menunjukkan keputusan negatif dalam saringan Covid-19 dan ia perlu diperbaharui setiap tujuh hari.

Sementara itu, Kementerian Perbandaran, Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan akan mengadakan lawatan pemeriksaan secara kerap di tempat tumpuan orang ramai pada bulan Ramadan bagi memastikan arahan penjarakan sosial dipatuhi.

Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi telah menutup 11 buah masjid di enam wilayah setelah mengesan 11 kes baharu Covid-19 dalam kalangan jemaah.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan terdapat 5,255 kes koronavirus yang aktif dengan 585 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Daripada jumlah kes aktif, sebanyak 693 kes berada dalam keadaan kritikal.

Jumlah kes keseluruhan di negara itu kini mencecah 390,007 kes. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI