fbpx

Mayat rentung dalam kenderaan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan aktiviti pemadaman sebuah kereta yang terbakar di Jalan Nasturium, Taman Yun Fah hari ini.

MIRI – Seorang individu ditemui rentung di dalam kereta jenis Toyota Camry yang hangus di Jalan Nasturium, Taman Yun Fah di sini hari ini.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah dikerahkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.12 petang.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, setibanya pihak bomba di lokasi, kenderaan terbabit yang diletakkan di tepi jalan, telah dilaporkan terbakar 100 peratus.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati seorang mangsa yang belum dikenalpasti identiti dan jantina ditemui rentung di bahagian hadapan tempat duduk pemandu kenderaan tersebut.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman kebakaran tamat sepenuhnya pada pukul 1.27 petang.

Punca kebakaran masih belum diketahui.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI