fbpx

Blues AQSA untuk Hobin Jang Hobin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN AQSA

PETALING JAYA – Membawa semangat kenegerian dan bermatlamat menyemarakkan demam sukan bola sepak tanah air, kumpulan muzik, AQSA kini mempertaruhkan sebuah lagu berentak blues bertajuk Musuhnya Habis Binasa khas untuk penyokong skuad Hobin Jang Hobin.

“Sebenarnya, perancangan untuk menghasilkan sebuah lagu khusus untuk pasukan bolasepak Negeri Sembilan telah diadakan sebelum saingan Liga Premier bermula lagi.  Ini merupakan satu daripada kerjasama Aqsa dengan Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan, Otai N9 Bola Fans bagi menarik perhatian khalayak dan menyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan,” kata Zaha, selaku pemain gitar dan ketua kumpulan.

KUMPULAN AQSA berharap lagu Musuhnya Habis Binasa mampu meniup semangat juang penyokong serta pemain bola sepak skuad Negeri Sembilan.

Menurutnya, kebangkitan mendadak pasukan bolasepak Negeri Sembilan pada ketika ini juga menguatkan tekad AQSA untuk menyiapkan lagu tersebut dalam masa yang terdekat.

“Kami sedar sebelum ini terdapat beberapa buah lagu yang telah dicipta untuk pasukan Negeri Sembilan seperti Hobin Jang Hobin (Poe) serta sebuah lagu dendangan Waris, tetapi kami berpendapat sudah tiba masanya Negeri Sembilan mempunyai lagu baharu dan sesuai untuk dinyanyikan bersama oleh penyokong Negeri Sembilan,” tambah Zaha.

Bertindak selalu pencipta sepenuhnya lagu berkenaan, Zaha yang juga bekas gitaris kumpulan Spring itu berkata, melodi serta lirik Musuhnya Habis Binasa kini menghitung hari untuk menjalani rakaman di studio.

“Kami yakin, produk terbaharu AQSA mampu untuk meniup semangat juang penyokong serta pemain bola sepak skuad Negeri Sembilan itu sendiri,” jelas Zaha.

Sebelum ini, Aqsa yang berasal dan aktif di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pernah mengeluarkan single, Kampungku Baru menerusi album kompilasi Sahabat Penghibur Jalanan yang membariskan kumpulan-kumpulan busking dari seluruh negara. 

AQSA ditubuhkan sejak 2016 aktif menjayakan persembahan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Ditubuhkan sekitar 2016, kumpulan berkenaan dianggotai oleh Mohd Adzhar Mohd Yusuf (Zaha) selaku pemain gitar, Mazlan Mohd Sharif (Aboy) pemain bass, Suhaimi Othman (Emy) drum dan Iskandar Dzulkifli (Is) selaku penyanyi itu sering terlibat menjayakan konsert, live band busking dan memenuhi undangan korporat.

Zaha pernah beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu bersama Spring pada 1993 dan 1996. Zaha dan mewakili Malaysia ke Asia Wind Festival di China pada 1998. Aboy yang aktif bermain bass sejak 2001 pula pernah menganggotai beberapa buah kumpulan muzik sebelum ini. Emy pula berpengalaman luas sebagai pemain drum dan pernah beraksi bersama kumpulan EYE, manakala, Is banyak membuat persembahan acara-acara korporat sejak beberapa tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI