fbpx

‘Suka hati kata saya murtad’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dipercayai membuat siaran langsung menerusi akaun Instagramnya awal pagi semalam.

Individu dipercayai Sajat itu mendakwa dirinya berada dalam keadaan baik, namun tidak menunjukkan wajahnya kepada pengikut yang mencecah 2,000 orang.

Menerusi siaran langsung itu, usahawan tersebut menjawab me­ngenai empat perkara iaitu berkaitan isu murtad, bersem­bunyi daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis serta pernikahan bekas teman rapatnya yang dikenali sebagai Coach Yin baru-baru ini.

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan),” katanya sambil menafikan dirinya keluar Islam.

Menerusi siaran langsung sama, Sajat turut menafikan dia bersembunyi selepas dikenakan waran tangkap kerana gagal ha­dir sebutan kes di mahkamah pada bulan lalu.

“Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!,” katanya.

Sajat

Sajat juga berkata, pihak berkuasa tidak mencarinya, malah yakin polis mempunyai kes atau urusan lain yang lebih penting berbanding dirinya.

Usahawan itu turut bertindak menyekat beberapa individu yang lantang bersuara semasa sia­ran tersebut berlangsung.

Itu merupakan kemunculan pertama Sajat secara langsung di Instagram sejak dikesan JAIS.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan tersebut pada bulan lalu.

Ini berikutan Sajat gagal menghadiri prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina pada 23 Februari lalu.

Sejak waran tangkap dikeluarkan, Sajat dipercayai menghilangkan diri dan gagal dikesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI