fbpx

Engku Aleesya persis model – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGKU ALEESYA

Meski Engku Emran dan Noor Nabila sudah mencecah seminggu lebih bergelar suami isteri, berita tentang majlis perkahwinan mereka masih hangat diperkatakan oleh warganet.

Salah satunya ialah kecantikan Engku Aleesya yang merupakan puteri tunggal hasil perkahwinan Emran dan Erra Fazira.

Kehadirannya pada majlis tersebut mencuri perhatian ramai kerana jarang sekali dapat melihat anak gadis berusia 12 tahun itu muncul dalam khalayak ramai.

Cantik dengan busana kuning air, ramai yang mengatakan wajah Aleesya mewarisi kejelitaan ibunya!

Malah ada juga meramalkan Aleesya mempunyai ciri-ciri untuk bergelar model terkenal satu hari nanti kerana fizikalnya yang tinggi dan rupa paras menawan.

Wah! Macam pak nujum pula netizen zaman sekarang.

Cukup-cukuplah jadi tukang tilik untuk majlis Neelofa dan Haris.

Apa pun, Aleesya memang cantik pada majlis tempoh hari. Semoga membesar dengan baik dan sihat ya.

DIVA: Ramai peniaga buat promosi murah susulan warga Malaysia tengah meriah duit i-Sinar. Jangan mudah terpengaruh ya semua!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI