fbpx

Rossi pasang impian kembali ke podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI berharap pasukan Petronas SRT mampu mengembalikan zaman kegemilangannya dan membantunya kembali menaiki podium. – AFP

DOHA – Jaguh Itali, Valentino Rossi yang memulakan musim ke-26 dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Qatar minggu ini bersedia untuk memulakan saingan bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT).

Rossi yang kini berusia 42 tahun dilihat bertekad untuk memperbaiki rekod terburuk­nya musim lalu selepas sekadar berada di kedudukan ke-15, sekali gus meletakkan harapan untuk kembali memburu podium selepas kali terakhir meraih kemenangan pada tahun 2017.

Pada sesi ujian rasmi di Qatar, Rossi sekadar menduduki tangga ke-19 terpantas, namun Rossi yang terkenal dengan gelaran The Doctor tersebut mula mendapatkan rentak bersama jentera YZR-M1 apabila berada di tempat ke-11 terpantas dan hanya dipisahkan 0.8 saat dengan Jack Miller (Ducati) yang berada di kedudukan pertama.

“Selepas sesi ujian di Qatar saya dapatkan rasakan jentera sangat baik dan stabil. Saya berjaya meraih keputusan yang begitu baik di Losail dan perkara yang paling pen­ting adalah jentera beroperasi dengan cukup positif.

“Saya rasa pada sesi ujian tersebut ramai pasukan juga memperoleh keputusan yang cemerlang dan kita juga memberi saingan. Jadi, saya rasa bersedia untuk memulakan perlumbaan di Qatar pada ­minggu ini.

“Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan pasukan SRT dan kami bekerja ke arah yang betul. Saya sangat teruja menjelang aksi pembukaan nanti,” kata Rossi.

Juara dunia MotoGP sembilan kali itu mempunyai rekod yang baik di Qatar apabila pernah menjuarai saingan pada 2010 dan 2015 malah menamatkan tempat kelima pada 2019 di Losail.

Pada perlumbaan tersebut, Rossi akan menggunakan jentera utama dari Yamaha dan rakan sepasukannya, Franco Morbidelli kekal menggunakan jentera speksifiksi A. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI