fbpx

Jumlah mangsa maut tembakan rambang Colorado meningkat 10 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar raya King Soopers di Colorado, Amerika Syarikat. - CNN

DENVER, Colorado – 10 mangsa termasuk seorang anggota polis, terbunuh dalam insiden tembakan rambang petang semalam selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam sebuah kedai runcit di Boulder, Colorado, lapor stesen penyiaran CNN hari ini.

Ketua Polis Boulder, Maris Herold, memberitahu bahawa seorang suspek kini berada dalam tahanan namun pihak berkuasa belum boleh berkongsi maklumat mengenai identitinya, jenis senjata yang digunakan atau motif serangan.

“Kami akan bekerja keras untuk menyelesaikan kes ini,” kata Herold, sambil menambah bahawa siasatan rumit ini akan memerlukan sekurang-kurangnya lima hari untuk diselesaikan.

Insiden tembakan rawak yang berlaku di pasar raya King Soopers ini berlaku kurang seminggu selepas kejadian serupa di tiga spa di kawasan Atlanta menyebabkan lapan mati termasuk enam wanita Asia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI