fbpx

RM25,000 bantu peniaga Pasar Datuk Keramat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaizalnizam (kanan sekali) menyerahkan bantuan kewangan kepada salah seorang peniaga yang terjejas.

KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) memberi sumbangan tunai sebanyak RM500 kepada setiap peniaga yang terlibat dalam kebakaran di Pasar Datuk Keramat pada 17 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun berkata, kira-kira RM25,000 sumbangan tunai diperuntukkan bagi memberi bantuan kepada semua peniaga yang terjejas.

“Atas dasar prihatin, kami tampil memberi bantuan kepada 49 orang mangsa yang terlibat.

“Walaupun sumbangan tidak banyak tetapi kami berharap hasil sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung para peniaga dan digunakan dalam kehidupan seharian mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas sesi sumbangan YWP di Pejabat Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM), Datuk Keramat, di sini hari ini.

Sementara itu, Datuk Zaizalnizam berkata, kesemua nasib dan perancangan yang dibuat untuk para peniaga terbabit akan diputuskan selepas mesyuarat yang akan diadakan Isnin ini.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan, peniaga dan pengunjung di Pasar Datuk Keramat berdepan detik cemas selepas berlaku kebakaran membabitkan deretan gerai di pasar berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI