fbpx
GAMBAR HIASAN

Tambahan dana ADF sebanyak RM700 juta untuk PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyediakan  peruntukan tambahan sebanyak RM700 juta untuk Kemudahan Automasi dan Digital, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), untuk menjadikan jumlah keseluruhan ADF meningkat kepada RM1 bilion.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), ADF yang ditubuhkan pada bulan Mac tahun lalu bertujuan untuk  menggalakkan PKS di semua sektor mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

“Dana ini  terbuka kepada semua PKS Malaysia, dengan jumlah pembiayaan maksimum hingga RM3 juta bagi setiap PKS dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

“Kadar pembiayaan adalah hingga empat peratus setahun, termasuk yuran jaminan,” katanya semalam.

Bank Pusat menjelaskan, perlindungan jaminan disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan kemudahan tersebut  disediakan hingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya, mana yang lebih awal. 

POPULAR