fbpx

Penggunaan mesin ATM tanpa kad bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengenalan biometrik wajah untuk perkhidmatan ATM adalah langkah lebih awal untuk mengurangkan keperluan membawa kad ATM. - OCBC

SINGAPURA – Bank OCBC di Singapura mengumumkan penguatkuasaan sistem pengesahan wajah untuk pemeriksaan baki akaun di semua mesin pengeluaran automatik (ATM) bermula esok, lapor Chanel News Asia, hari ini.

Pelancaran pengesahan biometrik wajah untuk perkhidmatan ATM akan bermula dengan pertanyaan baki akaun di lapan cawangan terpilih esok.

OCBC memberitahu pihaknya akan memperluaskan penggunaan pengesahan wajah untuk pengeluaran wang tunai ke semua 550 ATM di Singapura secara progresif mulai Jun ini.

Bank itu juga mempunyai perancangan untuk melakukan hal sama bagi transaksi ATM lain termasuk deposit tunai, pindahan wang ke bank lain, penambahan nilai kredit kad telefon dan pembayaran agihan kad kredit mulai tahun depan.

Walaupun terdapat tekanan dalam perbankan digital, OCBC menegaskan penggunaan ATM tetap tinggi dengan pengeluaran tunai lebih dua juta dolar Singapura setiap bulan.

Pertanyaan mengenai baki akaun dan pengeluaran tunai adalah perkhidmatan ATM yang paling popular dengan hampir lapan dari 10 transaksi adalah berkaitan dua aktiviti tersebut.

Pengesahan wajah akan mengurangkan keperluan pelanggan membawa kad ATM mereka dan juga merupakan alternatif selamat untuk kad ATM fizikal, demikian menurut OCBC dalam siaran medianya.

Untuk membolehkan pengesahan wajah di ATM OCBC, pemegang akaun akan memilih perkhidmatan pilihan terlebih dahulu sebelum memasukkan nombor kad pengenalan mereka di skrin mesin ATM.

Lokasi mesin ATM OCBC yang dilengkapi fungsi pengesahan wajah ini terletak di OCBC Tampines Centre Two, Pusat Beli Belah Taman Jurong, Great Eastern Jalan Pickering, HDB Hub Tingkat 1, OCBX Centre One Tampines, 103 Jalan Ring Yishun, OCBC Campus dan Jalan Geylang 7-Eleven. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI