fbpx

KPDNHEP rangka lesen khas perniagaan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) menyampaikan sijil dan anugerah kepada salah seorang pemenang Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021 di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan merangka pelaksanaan lesen khas perniagaan dalam talian bagi memerangi masalah scammer atau penipuan jual beli di medium tersebut.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, menerusi lesen itu, peniaga tertakluk kepada syarat-syarat lesen yang perlu dipatuhi manakala pengguna dapat melakukan pembelian tanpa ragu-ragu.

Katanya, sehingga tahun lepas sebanyak 355,676 syarikat dalam talian telah berdaftar dengan Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kementerian kini dalam rangka cadangan melaksanakan lesen khas perniagaan atas talian yang bakal diperkenalkan dalam masa terdekat.

“Saya melihat pelaksanaan lesen khas perniagaan dalam talian ini antara langkah efektif untuk memerangi masalah scammer atau penipuan jual beli dalam talian dan menjamin kepentingan pengguna serta memelihara kredibiliti peniaga ketika urusan jual beli dalam talian.

“Kementerian akan menguatkuasakan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang tidak beretika yang didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Penganugerahan Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021 di Putrajaya di sini hari ini.

Rosol berkata, berdasarkan statistik daripada Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) di bawah Cyber Security Malaysia (CSM), terdapat lebih 7,000 kes penipuan dalam talian yang dilaporkan pada tahun lepas.

Katanya lagi, KPDNHEP turut merekodkan peningkatan jumlah aduan mengenai transaksi dalam talian.

“Sepanjang tahun lalu sahaja, aduan mengenai transaksi dalam talian adalah yang paling tinggi diterima iaitu sejumlah 11,510 aduan berbanding 5,415 aduan pada tahun 2019.

“Daripada jumlah itu, 7,797 aduan adalah kerana tidak menerima barang atau perkhidmatan yang ditawarkan berbanding 3,821 aduan pada 2019 bagi alasan sama,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI