fbpx

Zagreb tempang Mamic lepas jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAMIC meletak jawatan selaku jurulatih Zagreb selepas didapati bersalah ekoran pertuduhan rasuah menyebabkan beliau dihukum penjara. – AFP

ZAGREB – Persiapan kelab dari Croatia, Dinamo Zagreb untuk mengharungi aksi kedua pu­singan 16 pasukan terbaik Liga Europa menentang Tottenham Hotspur awal pagi Jumaat nanti terjejas apabila ketua jurulatih, Zoran Mamic meletak jawatan berkuat kuasa serta merta ­kelmarin.

Mamic terpaksa membuat keputusan tersebut selepas dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan lapan bulan oleh mahkamah tinggi Croatia selepas didapati bersalah atas perlakuan rasuah yang dilakukan bersama adik­nya, Zdravko Maric pada 2018.

Kata Mamic, tiada apa lagi yang boleh dikatakan kerana keputusan sudah pun dibuat oleh mahkamah tinggi dan apa yang mampu diucapkan ketika ini adalah selamat maju jaya kepada pasukan Dinamo Zagreb.

“Saya tidak pernah rasa bersalah atas pertuduhan yang dilakukan tetapi saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan atas dasar tanggungjawab kerana saya sudah berjanji kepada pihak pengurusan untuk berbuat demikian.

“Kini, saya ucapkan selamat berjuang kepada pasukan menjelang aksi pusingan kedua menentang Tottenham nanti dan lakukan yang terbaik demi penyokong,” kata pengendali berusia 50 tahun itu.

Kedudukan Mamic selaku ketua jurulatih telah diganti dengan Damir Krznar yang sebelum ini menggalas tugas selaku pembantu jurulatih dan diberi tanggungjawab untuk membimbing pasukan ketika bertemu skuad kendalian Jose Mourinho pada awal pagi Jumaat ini.

Dinamo Zagreb bakal menggalas cabaran hebat dalam usaha untuk melangkah ke pusingan suku akhir Liga Europa selepas tewas 0-2 kepada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada aksi pusingan pertama di Stadium Tottenham Hotspur minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI