fbpx

Top Glove didakwa sedia penginapan tidak ikut standard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Top Glove diwakili Pengarahnya mengaku tidak bersalah atas sepuluh pertuduhan menyediakan penginapan tidak mengikut standard JTK kepada pekerja asing tahun lalu.

IPOH – Syarikat pengeluar sarung tangan terkenal, Top Glove Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sepuluh pertuduhan menyediakan penginapan tidak mengikut standard Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kepada pekerja asingnya tahun lalu.

Tertuduh yang diwakili Pengarah syarikat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut semua pertuduhan, syarikat berkenaan sebagai majikan didakwa menyediakan penginapan pekerja asing yang tidak diperakukan Pengarah Tenaga Kerja seperti kehendak Seksyen 24D(1) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sepuluh rumah berbeza di Pusat Perdagangan Tasek Mutiara, Tasek di sini antara pukul 9 pagi hingga 1.30 tengah hari 26 November 2020.

Syarikat tersebut didakwa mengikut Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 yang boleh dihukum denda sehingga RM50,000 bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim dan Zaihas Mohd. Syakir Hasfar manakala tertuduh diwakili peguam bela, Chew Jee San.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, JTK Perak telah membuka sebanyak 10 kertas siasatan ke atas sebuah syarikat sarung tangan di kawasan perumahan Tasek di sini yang didapati melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Siasatan itu dijalankan selepas JTK Perak mengesan kesalahan di salah sebuah daripada asrama tempat penginapan pekerja yang dimiliki syarikat berkenaan dalam operasi dilaksanakan bersama Jabatan Kesihatan negeri pada November tahun lepas.

Kesalahan yang dikesan ketika operasi di syarikat sarung tangan berkenaan antaranya tempat penginapan disediakan melebihi kapasiti serta jumlah bilik air tidak sepadan dengan jumlah pekerja yang menginap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI