fbpx

Suspek kes tembak isteri didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek tiba di mahkamah

KOTA TINGGI – Suspek yang juga suami kepada wanita yang mati ditembak ketika tidur sebelum mayatnya ditanam di sebuah ladang di Felda Papan Timur, Bandar Penawar, Kota Tinggi pada 1 Mac lalu tiba di Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini hari ini.

Suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi untuk dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang juga suami kepada wanita berusia 38 tahun dan rakannya direman selama enam hari bermula Jumaat 5 Mac lalu sebelum disambung enam hari lagi sehingga hari ini.

Mayat kerani sumber manusia sebuah kilang swasta ditemui di dalam tong berwarna biru yang ditanam suaminya berhampiran sebuah ladang di Felda Papan Timur, Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini 5 Mac lalu.

Rahsia pembunuhan kejam itu terbongkar selepas jiran yang juga rakan baik suspek memberi maklumat kepada polis ketika siasatan berhubung kes orang hilang yang dilaporkan suspek dijalankan.

Ibu kepada dua anak itu mati ditembak kira-kira pukul 2.30 pagi, 1 Mac lalu dengan menggunakan senapang angin pada jarak dekat di rumah kediaman pasangan itu di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi sebelum mayatnya ditanam di kawasan ladang berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN