fbpx

Suspek kes bunuh Nik Khatijah disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

PETALING JAYA – Tempoh reman terhadap suspek kes bunuh Pengurus Jabatan Advokasi, Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Nik Khatijah Nik Mud dilanjutkan selama enam hari lagi.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tempoh itu dilanjutkan sehingga hari Jumaat ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan.

“Ya, sepatutnya tempoh reman ke atas suspek berakhir kelmarin (Ahad), bagaimanapun ia di sambung selama enam hari lagi.

“Keputusan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelasnya, menerusi tempoh yang diberikan, pihak polis berharap proses siasatan dapat dilengkapkan.

Ujarnya lagi, setakat ini belum ada sebarang tangkapan baharu suspek lain berkenaan kes kematian wanita itu.

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, Pengurus Jabatan Advokasi Ikram, Nik Khatijah Nik Mud, 32, ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

Selang beberapa jam kemudian, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun di sekitar Kajang sekitar pukul 8.45 malam pada hari kejadian bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI