fbpx

Malaysia-Singapura wujud platform jana kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (dua dari kiri) melakukan simbolik penyerahan bantuan persekolahan untuk Negeri Johor kepada Hasni Mohammad di Iskandar Puteri, di sini hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Malaysia dan Singapura mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin dengan mewujudkan platform jana kuasa yang baharu dibuka di Johor Bahru bagi tujuan pembekalan tenaga.

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, platform yang sudah beroperasi sejak penghujung tahun lalu itu menelan kos pembinaan sebanyak RM240 juta yang ditanggung oleh kedua-dua negara.

“Platform itu bukan bermaksud proses penjualan sebaliknya pembekalan tenaga antara Johor dan negara republik itu sekiranya mengalami kekurangan bekalan.

“Proses interconnection itu sudah lama diwujudkan antara kedua-dua negara dan platform yang baharu dibina ini akan mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Ceria Ke Sekolah Negeri Johor di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Terdahulu, Mahdzir mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Mahdzir berkata, dalam pertemuan itu, pihaknya sembah maklum kepada Tuanku mengenai Southern Power Generation Sdn. Bhd. (SPG) yang terletak di Pasir Gudang dan telah beroperasi sejak bulan lalu.

Jelasnya, SPG mampu menyalurkan 1,440 megawatt (MW) bekalan elektrik kepada grid nasional menerusi dua loji jana kuasa tarbin gas kitaran gabungan (CCGT), masing-masing berkapasiti 720MW.

“SPG ini yang memulakan pembinaan pada Oktober 2017 bagi menggantikan Loji Jana Kuasa Sultan Iskandar yang juga terletak di Pasir Gudang. Loji jana kuasa itu yang menjangkau usia 40 tahun pada tahun depan akan dihenti tugas pada Ogos 2022.

“Jadi, Sultan Johor berkenan untuk merasmikan SPG yang dijangkakan dibuat pada tahun ini juga,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI