fbpx

7 kawasan dijangka capai suhu 37 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhu harian diramal mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius di tujuh kawasan di utara Semenanjung Malaysia. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak tujuh kawasan di utara Semenanjung Malaysia merekodkan tahap satu (berjaga-jaga) dengan suhu harian diramal bakal mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Menurut data status gelombang haba Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikemas kini setakat pukul 4.30 petang ini, kawasan terlibat adalah Pulau Langkawi, Kota Setar, Kuala Muda dan Baling di negeri Kedah.

“Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang di Perak juga merekodkan tahap satu (berjaga-jaga).

“Semua kawasan di Sabah dan Sarawak dalam pemantauan,” kata MetMalaysia dalam satu hantaran di akaun laman sosial Facebook jabatan itu hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI