fbpx

TNB tidak potong bekalan elektrik Pangsapuri Seri Perantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tiada sebarang perancangan pemotongan bekalan elektrik akan dilakukan dalam masa terdekat terhadap Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang dekat sini.

Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) dalam kenyatannya berkata, pihaknya mengambil maklum kesulitan yang dihadapi oleh penduduk pangsapuri tersebut berikutan ketiadaan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi pengurusan bayaran selenggara seperti dilaporkan.

“TNB ambil maklum usaha penduduk mencari jalan penyelesaian menerusi usaha penubuhan JMB serta mendapatkan hak milik strata dan Sijil Layak Menduduk ( CF ).

“Justeru, untuk masa terdekat TNB tiada perancangan untuk memotong bekalan elektrik ke pangsapuri Seri Perantau,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan belum selesai isu pemilikan strata, pemasalahan terus timbul kepada 10,000 penghuni di Pangsapuri Seri Perantau di sini apabila bakal bergelap susulan berdepan tindakan pemotongan bekalan elektrik.

Pangsapuri yang mempunyai 12 unit blok itu mempunyai tunggakan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM4 juta.

Mengulas lanjut, TNB berkata, berdasarkan semakan mendapati jumlah tunggakan hanya sekitar RM2.6 juta dan bukan RM4 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Pelabuhan Klang pula akan menemui wakil penduduk untuk mencari penyelesaian bil elektrik penduduk yang tertunggak,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI