fbpx

60,000 kekosongan jawatan sektor komoditi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

PETALING JAYA- Sebanyak 60,000 kekosongan jawatan dalam sektor komoditi dibuka kepada rakyat menerusi penganjuran Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 secara atas talian bermula hari ini dan esok.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, peluang kerjaya itu meliputi beberapa sektor komoditi seperti sawit, getah, kayu kayan, kenaf, koko dan lada.

“Ini merupakan jumlah yang besar dan saya menyeru supaya rakyat tempatan khususnya para pencari kerja merebut peluang sebegini untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

“Kementerian akan terus bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk membantu pihak industri mendapatkan tenaga kerja diperlukan dengan mengutamakan pekerja tempatan,” katanya tadi.

Katanya, kementerian melalui Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) turut memberi tumpuan terhadap usaha membangun dan memperkasakan pembangunan modal insan.

“Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan tenaga mahir dan separa mahir sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing,” ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI