fbpx

Rempuh jejambat: Polis pohon sambung reman bagi kesalahan trafik esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut manakala tiga lagi pekerja kilang terselamat dalam kejadian runtuhan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon sambungan reman terhadap pemandu treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan di Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di ibu negara Rabu lalu mengikut kesalahan trafik esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek berusia 40 tahun itu kini sedang direman bagi membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Selepas reman berkait kes dadah tamat esok, pihak JSPT Kuala Lumpur akan memohon reman disambung bagi membantu siasatan berkait kesalahan trafik pula.

“Kita perlukan sedikit masa untuk menjalankan siasatan dan pihak polis sedang menunggu laporan saringan air kencing terhadap suspek yang dihantar ke Jabatan Kimia sebelum ini,”katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Trafik Tun H S Lee, di sini, hari ini.

Suspek sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan sebelum ia disambung lagi dua hari yang akan berakhir esok.

Terdahulu, Kosmo! sebelum ini melaporkan dua individu maut manakala tiga lagi pekerja sebuah kilang cedera selepas van pekerja yang dinaiki mereka ditimpa runtuhan pembinaan jejambat di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI