fbpx

Pengamal media mungkin peroleh vaksin terawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan membuat pengumuman mengenai status permohonan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) agar pengamal media menjadi antara golongan penerima terawal mendapatkan suntikan vaksin.

Pengerusi Bersama JKJAV, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sudah menubuhkan jawatankuasa kecil untuk meneliti permohonan NUJM supaya pengamal media diberikan keutamaan untuk menerima vaksin Covid-19 lebih awal.

“Buat masa ini JKJAV belum menyenaraikan media sebagai penerima fasa pertama pelalian di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kerana perkara berkenaan masih di peringkat penelitian.

“Namun, saya yakin keputusan muktamad mengenai permohonan memasukan pengamal media sebagai golongan yang patut diberikan keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan dalam mesyuarat JKJAV tidak lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar khas mingguan PICK hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI