fbpx

Siti Sarah macam hamil? – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZIKAL Siti Sarah kelihatan seperti sedang hamil.

Beberapa hari lalu, perkongsian video terbaru di Instagram Siti Sarah baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila ada peminat membuat spekulasi penyanyi itu sedang hamil anak keempat.

Dalam video tersebut, Sarah dan suami, Shuib Sepahtu bersama anak-anaknya dilihat ke sebuah cawangan Bubble Bee bagi merasai salah satu perisa terbaharu minuman keluaran kedai minuman tersebut.

SARAH bersama Shuib dan anaknya.

Bagaimanapun, Sarah yang menyarung persalinan berwarna jingga dalam video berkenaan lebih mencuri perhatian apabila bahagian perutnya kelihatan seperti fizikal wanita mengandung.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Sarah walaupun tiada sebarang pengesahan daripadanya mengenai spekulasi tersebut.

Jika benar andaian netizen, Diva doakan tahniah kepada Sarah dan Shuib. Semua ucapan tahniah yang diberikan oleh peminat juga seperti satu doa, Amin.

DIVA: Masih menunggu tarikh nikah Neelofa dan Pu Riz, tapi dalam masa sama tak sabar pula nak tahu kesudahan berita ‘pertunangan’ bekas suami Erra Fazira dengan bekas isteri Sharnaaz Ahmad. Sampai ke Indonesia kecohnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI