fbpx

Dua sahabat diberkas angkara cipta senapang angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (tiga kiri) menunjukkan selaras senapang patah yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Dungun, hari ini.

DUNGUN – Idea inovatif dua sahabat yang juga disyaki penagih dadah membuat senapang angin buatan sendiri membawa padah apabila mereka ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Alor Tembusu di sini, Rabu lalu.

Kedua-dua suspek berusia 37 dan 20 tahun termasuk seorang pengusaha bengkel membaiki kenderaan berkenaan ditahan dalam serbuan pada pukul 4.20 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, serbuan terbabit berjaya menahan dua laras senapang angin yang hampir siap kira-kira 70 peratus.

“Serbuan sama turut merampas selaras senapang angin yang dipercayai dibeli oleh salah seorang suspek dengan harga RM300, dua tahun lalu.

“Mereka kemudiannya telah meniru untuk menghasilkan sendiri senapang angin dipercayai bagi tujuan memburu binatang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun di sini hari ini.

Jelasnya, polis turut berjaya menemui beberapa komponen membuat senapang angin seperti kompresor, batang besi, dua tabung angin dan 11 butir peluru hidup.

Ujarnya, pemeriksaan turut menemui dadah dipercayai jenis syabu seberat 0.70 gram dan pil kuda (0.68 gram) dan ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methaphitamine. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI