fbpx

Insiden lebih menjurus kepada kemalangan jalan raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut manakala tiga lagi pekerja kilang terselamat dalam kejadian runtuhan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

PUTRAJAYA – Siasatan awal terhadap insiden yang meragut dua nyawa di kawasan projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) pada 3 Mac lalu lebih menjurus kepada kemalangan jalan raya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, beliau dimaklumkan, kes berkenaan sedang disiasat oleh Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan, 1987.

Beliau berkata, susulan itu, Kementerian Sumber Manusia sudah mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menjalankan siasatan lanjut dan mengenal pasti punca kemalangan.

“Kementerian menerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, Awang berkata kementerian mendapati kesemua mangsa kemalangan itu layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurutnya, kementerian juga sentiasa komited untuk terus meningkatkan tahap keselamatan di negara ini termasuk dalam sektor pembinaan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN).

Dalam kejadian Rabu lalu, dua wanita maut manakala tiga lagi mangsa cedera selepas terperangkap dalam kejadian runtuhan projek SUKE.

Runtuhan berlaku selepas sebuah lori trailer melanggar besi penyangga struktur sementara di projek pembinaan itu sebelum struktur menimpa kenderaan dinaiki mangsa.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI