fbpx

Ekzos motosikal bising, 50 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 16 motosikal yang disita dalam tempoh tiga hari Op Khas Kesalahan Bunyi (Ekzos) Bising yang dilaksanakan di negeri ini.

SEREMBAN – Sebanyak 50 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan dalam ‘Op Khas Kesalahan Bunyi (Ekzos) Bising’ dari 1 Mac hingga semalam.

Timbalan Ketua JSPT Negeri Sembilan, Deputi Superintendan (DSP), Shaifulizan Sulaiman berkata, daripada jumlah berkenaan 16 motosikal disita kerana didapati mengubahsuai ekzos motosikal masing-masing sehingga mengeluarkan bunyi bising melebihi kadar ditetapkan.

Menurutnya, ops khas berkenaan diadakan di 12 buah lokasi sekatan jalan raya (SJR) dan juga lokasi yang telah dikenalpasti di seluruh negeri ini bagi mengesan kesalahan ekzos bising.

“Lokasi ops ini berubah-ubah mengikut kesesuaian dan perlaksanaan ops khas ini akan dilaksanakan sehingga 14 March ini.

“Kebanyakkan individu yang dikesan melakukan kesalahan ini terdiri daripada golongan remaja iaitu berusia 18 hingga 25 tahun,” katanya ketika dihubungi  di sini tadi.

Shaifulizan berkata, Operasi Khas Kesalahan Bunyi (Ekzos) Bising tersebut dilakukan serentak seluruh negeri bermula semalam sehingga 14 Mac ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI