fbpx

Tak ikhlas, Siti Sarah dituduh suka menunjuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SARAH dikecam konon-kononnya sengaja menunjukkan kebaikan.

PETALING JAYA – Benarlah kata orang, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Itu luahan kekesalan penyanyi dan usahawan Siti Sarah, 36, apabila ada dituduh sengaja hendak menunjuk dalam setiap kebajikan yang dilakukannnya,

Perkara tersebut dikongsi pelantun lagu Semakin itu dalam Instagramnya dengan memuat naik tangkap layar mesej yang dihantar oleh seorang pengguna Instagram.

Difahamkan, mesej tersebut diterima selepas Siti Sarah memuat naik video dia dan suami menyalurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Tak perlu acah baik boleh? Kau dengan suami memang suka menunjuk ke? Sudah lama aku tengok, bagi rumah juga nak heboh. 

“Sekarang sibuk beri tudung pula, sebenarnya kau nak menjual kan? Sudah-sudahlah menunjuk baik. Geli aku tengok,” tulis individu berkenaan.

Siti Sarah bagaimanapun dilihat tidak membalas mesej tersebut dan berpendapat memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak.

“Kenapa nak marah sangat? Kami beri benda haram ke sampai sakit hati sangat? Saya beri dadah atau air todi? 

“Petugas barisan hadapan banyak sangat dugaan yang dihadapi dan apa yang saya beri sangat kecil tetapi buat mereka gembira. Sekurang-kurangnya dapat beri semangat untuk mereka,” tulisnya.

Pemilik nama penuh Siti Sarah Raissudin itu juga memohon agar keikhlasannya dalam menghulurkan bantuan tidak dipersoalkan khalayak.

“Ikhlas atau tidak, bukan kita yang tentukan. Siapa kita hendak menilai keikhlasan seseorang?

“Saya juga berdoa agar semua petugas barisan hadapan diberikan keselamatan dan sentiasa dilindungi Tuhan,” ujarnya.

Sebelum ini, Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis makanan di Kuala Lipis, Pahang pada 12 Februari lalu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI