fbpx
Sajat

Sajat terima ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Nama Sajat terus sohor kini di media sosial dan terbaharu, ramai dalam kalangan netizen meninggalkan komen berbaur ugutan untuk membunuhnya kerana keterlanjuran bicara usahawan kontroversi mahu keluar agama Islam.

Di Instagram, ramai netizen yang meninggalkan komen yang ingin ‘menamatkan riwayat’ Sajat atau nama lengkapnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

“Halal dah darah dia, aku nak rejam dia sekarang dan siapa nak bunuh dia sekarang, let’s go.”

Itu antara komen tidak bertanggungjawab yang ditinggalkan segelintir rakyat Malaysia atau netizen di media sosial yang berang apabila Sajat baru-baru ini mengeluarkan hasrat untuk keluar agama Islam kerana tidak ‘sekepala’ dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pun begitu, ramai juga mempertahankan Sajat di media sosial yang tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah orang yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman kepada sesama manusia.

“Gila betul orang bangga komen nak bunuh Sajat. Tidak siuman kalau anda rela untuk membunuh seseorang kerana agama.

“Pergi baca balik kitab, sebab tiada langsung hukuman bunuh disebabkan apostasi (keingkaran terhadap agama),” tulis seorang netizen.

Terdahulu, serbuan dilakukan ke kediaman Sajat, 36, oleh pihak JAIS. bagaimanapun, usahawan tersebut gagal ditemui oleh pihak berkuasa sehingga sekarang.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan Sajat seolah-olah memerli JAIS apabila memberitahu masih tiada orang mengetuk pintu rumah untuk menangkapnya.

Perbuatan itu dilakukan selepas JAIS memaklumkan sedang memburunya selepas waran tangkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa lalu.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah di hadapan Mohammad Khalid atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat. – K! ONLINE