fbpx

Ashanty lepasi tempoh sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHANTY

PENYANYI Ashanty bersyukur kerana mampu menempuhi waktu sukar ketika berjuang melawan pandemik Covid-19.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, isteri kepada Anang Hermansyah itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

Dalam hantaran tersebut, Ashanty turut memberitahu keadaannya kini sudah jauh lebih baik daripada sebelumnya.

“Terima kasih buat semua doa dan sokongan daripada anda semua. Maaf kalau saya tidak sempat membalas komen anda satu persatu,” ujarnya.

Pada 15 Februari lalu, Ashanty dan anak tirinya, Aurel Hermansyah sah dijangkiti Covid-19.

Penyanyi itu disahkan positif selepas melakukan ujian saringan dek beberapa gejala yang dilaluinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI