fbpx
Muhamad Ridzwan menjadi penerima pertama vaksin dalam kalangan anggota Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

800 anggota penerima awal vaksin di TLDM Lumut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seramai 800 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjadi petugas barisan hadapan dan operasi-operasi khas seperti Op Benteng dan Op Penawar, menjadi penerima awal vaksin Covid-19 di Pangkalan TLDM Lumut.

Panglima Armada Barat, Datuk Muhamad Ridzwan Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan lebih 5,000 pegawai dan anggota di Pangkalan TLDM Lumut akan menerima vaksin.

“Bagaimanapun, untuk masa ini kita beri keutamaan kepada anggota-anggota yang berada di kapal dan juga anggota yang ada di markas mengendalikan bilik operasi, bilik komunikasi dan sebagainya. Itu yang kita beri kelebihan dahulu, tetapi akhirnya semua akan dapat vaksin ini cuma masanya sahaja berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai 36 pegawai TLDM menerima suntikan vaksin pertama di Hospital Angkatan Tentera Lumut (HATL) di sini hari ini.

Yang turut menerima suntikan vaksin itu hari ini termasuk Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Datuk Khalid Jaafar; Komander Pangkalan TLDM Lumut, Datuk Anuar Alias; Panglima Logistik Barat dan Laksamana Pertama Rozaide Mega Othman.

Hadir sama, Pegawai Memerintah HATL, Brigadier Jeneral Dr. Faizal Baharuddin.

Muhamad Ridzwan berkata, suntikan vaksin terhadap 800 pegawai dan anggota itu akan dilakukan secara berperingkat.

“Berdasarkan kapasiti di sini, vaksin boleh diberikan kepada 150 orang setiap hari dan mungkin ambil masa dalam tiga bulan, tetapi kita akan percepatkan supaya ia boleh dihabiskan dalam masa sebulan atau setengah bulan,” katanya.

Beliau memuji pemberian vaksin itu sebagai satu inisiatif baik untuk perlindungan barisan petugas hadapan yang ada risiko berinteraksi dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mungkin orang orang menjadi pembawa virus Covid-19.

Sementara itu, katanya, petugas barisan hadapan yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di zon utara Semenanjung akan diberi keutamaan menerima suntikan vaksin Pzifer-BioNTech sebanyak 2,340 dos.

Beliau berkata, pemberian vaksin itu secara berkala iaitu dari Fasa 1 hingga Fasa 6 sepanjang bulan ini, sekali gus menunjukkan ATM khususnya TLDM sangat komited dan prihatin dalam menjaga dan menentukan tahap kesihatan anggotanya.

Katanya, HATL merupakan pusat simpanan vaksin dan pusat pemberian vaksin bagi zon utara sekali gus memudahkan pemberian vaksin kepada anggota ATM di zon tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN