fbpx

Wanita hamil boleh terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Foto Ihsan MOSTI

PUTRAJAYA – Wanita hamil boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 namun, mereka perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor masing-masing terlebih dahulu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, wanita hamil atau cuba mengandung perlu mendapatkan nasihat lanjut daripada pakar bagi menentukan keperluan mengambil vaksin Covid-19, bersandarkan tahap kesihatan masing-masing.

Beliau berkata, berdasarkan kajian fasa tiga klinikal Pfizer, mereka yang mengandung tidak menyertai kajian vaksin itu sekali gus tiada data mencukupi untuk membuat sebarang keputusan.

“Namun, terdapat 23 sukarelawan yang menjalani kajian klinikal Pfizer itu didapati mengandung tanpa mereka sedari.

“Daripada 12 yang menerima vaksin dan 11 yang menerima placebo itu, dua daripada mereka yang menerima placebo mengalami keguguran,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Adham berkata, pihaknya mendapati bagi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), ada barisan hadapan yang mengandung, menghidapi penyakit tidak berjangkit dan sedang menerima rawaran kanser.

“Bagi wanita hamil, pemberian suntikan vaksin boleh dipertimbangkan sekiranya faedah daripada vaksinasi melebihi apa-apa risiko kepada penerima vaksin dan janin dalam kandungan.

“Pemberian vaksin kepada ibu mengandung juga boleh dipertimbangkan sekiranya risiko dan pendedahan kepada virus tinggi dan sukar dielakkan,” katanya.

Katanya, bagi ibu menyusu pula, tiada data menunjukkan vaksin yang disuntik akan keluar menerusi susu ibu justeru, vaksin boleh diberikan kepada mereka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI