fbpx
Hasni (duduk) menjadi penerima suntikan vaksin imunisasi Covid-19 pertama di Johor.

35,100 frontliner di Johor terima suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sejumlah 35,100 petugas barisan hadapan di negeri ini akan menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer BioNTech fasa pertama bermula hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mendahului senarai sebagai penerima suntikan vaksin imunisasi Covid-19 di negeri ini sekaligus menandakan permulaan Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Johor.

Suntikan turut diberikan kepada petugas barisan hadapan lain termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Hasni berkata, fasa pertama Program Imunisasi peringkat negeri Johor akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai April nanti.

“Pada 21 Februari lalu, sejumlah 70,200 dos vaksin Pfizer BioNTech telah kami terima dan mampu untuk diberikan kepada 35,100 petugas barisan hadapan dengan setiap individu disuntik sebanyak dua dos selang 21 hari.

“Jumlah keseluruhan petugas barisan hadapan di negeri ini adalah seramai 41,034 orang, jadi terdapat kekurangan seramai 5,934 orang yang akan diberikan suntikan pada fasa kedua,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan sebelum diberikan suntikan di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, di sini hari ini.

Menurut Hasni, kerajaan negeri Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk negeri ini mendapat suntikan vaksin imunisasi Covid-19 sebagai norma baharu.-K! ONLINE