fbpx
Sebahagian emas mentah yang ditemui selepas dilombong di salah sebuah kampung di Mukim Kechau, Lipis.

Penduduk kampung mula bimbang keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Polis daerah ini membe­ritahu pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai penduduk yang diancam penjenayah sebaik berita mengenai kewujudan emas di dalam tanah milik mereka tersebar.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, setakat ini penduduk di kawasan itu masih menjalankan aktiviti seperti biasa dan tiada laporan ancaman penjenayah diterima pihaknya.

“Tiada kes rompakan, samun dan juga penculikan yang dilaporkan berlaku setakat ini di kawasan perkampungan yang dikatakan mempunyai galian emas berkenaan,” katanya ­ketika dihubungi.

Khamis lalu, Kosmo! melaporkan kewujudan emas di enam kampung di Mukim Kechau di sini yang menyaksikan penduduk kampung melakukan pencarian emas hanya di kawasan rumah mereka.

Susulan itu juga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta penduduk di kawasan itu supaya memohon le­sen perlombongan melalui Skim Perlombongan Kecil yang dirintis kerajaan negeri.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, penduduk di sekitar Mukim Kechau di sini mula bimbangkan keselamatan mereka selepas kawasan di dalam jajaran emas itu diketahui umum mempunyai galian emas yang banyak.

Katanya, laporan yang tular berkenaan menyebabkan beliau mendapat laporan daripada ke­tua kampung yang mendakwa penduduk di kawasan itu berasa bimbang dan takut keselamatan mereka.

“(Berita ini) memang membahayakan kerana dari segi keselamatan, takut hendak keluar dan keluarga bahaya, jadi ketua kampung risau keselamatan.

“Sedangkan tidak semua tempat ada emas, hanya kawasan tertentu sahaja dan jumlahnya pun tidak menentu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN