fbpx
AHMAD Marzuk (kanan) menyampaikan surat bantuan pembinaan rumah kepada Mohd. Hilmi dalam Majlis Penyerahan Program Inspirasiku My Haus (Harta Anda Untuk Semua) Di Bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Kampung Baru Bukit Gading, Tanah Merah hari ini.

Henti guna dalil agama untuk tolak vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Golongan yang menolak penerimaan vaksin Covid-19 diingatkan supaya menghentikan isu berbangkit dengan penggunaan dalil-dalil agama untuk menyebarkan fahaman mereka di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, muzakarah telah dijalankan bersama mufti-mufti dan pakar dalam bidang perubatan islam yang telah bersetuju bahawa vaksin imunisasi hukumnya adalah harus.

Katanya, sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia terutamanya yang masyarakat yang beragama Islam  perlu mendukung usaha tersebut untuk kepentingan diri sendiri dan negara.

“Persoalan terhadap status halal vaksin ini memang sudah menjadi isu yang sering dibangkitkan oleh golongan yang menolak vaksin dengan menggunakan alasan mengikut pandangan agama.

“Penolakan vaksin Covid-19 pasti akan menggagalkan misi dan tujuan utama negara dalam menangani penularan wabak ketika pandemik yang sedang melanda seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Majlis Penyerahan Program Inspirasiku My Haus (Harta Anda Untuk Semua) Di Bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Kampung Baru Bukit Gading di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Marzuk menyampaikan  sumbangan sebanyak RM40,000 kepada seorang penoreh getah, Mohd. Hilmi Ramly,55, yang tiada tempat tempat tinggal sendiri untuk membina rumahnya yang terbengkalai sejak beberapa bulan lalu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI