fbpx

Dua beradik antara tiga terbunuh kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA mangsa maut selepas kereta mereka bertembung di Jalan Kuching dari arah Bulatan Segambut menghala Kepong di sini tengah malam tadi.

PETALING JAYA – Dua beradik antara tiga terbunuh selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Satria Neo yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan Segambut menghala Kepong di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 malam itu, mangsa dikenali Lee Pan Née, 43, dan adiknya, Lee Veeran, 35, serta pemandu Proton Satria Neo, Muhammad Hafiz Md. Isa, 21, yang parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, berdasarkan siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Satria Neo dari arah Kepong menghala ke Bulatan Segambut telah hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang ditengah jalan.

“Akibat rempuhan itu, kereta berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4X4) jenis Mazda yang dinaiki dua beradik itu yang sedang bergerak di lorong paling kanan.

“Susulan kejadian tersebut, kesemua mangsa cedera parah dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan juga mendapati dua beradik berkenaan bekerja sebagai penjual ikan dan kemungkinan mereka hendak ke Pasar Borong untuk membeli ikan manakala pemandu Proton Satria Neo pula menjalankan perniagaan susu secara dalam talian.

Ujar beliau, kesemua mangsa dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dah proses tersebut akan dilakukan setelah menerima keputusan ujian Covid-19.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI