fbpx

Muhammad Sajjad tidak kebal undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menyerahkan replika cek bernilai RM50,000 Tabung Musaadah Covid-19 Jakim-YWM Fakhru Razi, 36, (dua dari kanan) dan Mohd. Yazid,30, Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa di sini hari ini. Foto -ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Usahawan kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat diingatkan bahawa dia tidak kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, sesiapa sahaja yang sekiranya didapati melakukan kesalahan termasuk Sajat tidak akan terlepas daripada hukuman yang termaktub dalam undang-undang.

“Tiada yang kebal daripada tindakan undang-undang. Proses mahkamah perlu berhemah, mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan tertentu.

“Tidak bermakna bahawa individu yang enggan hadir ke mahkamah itu kebal undang-undang-undang, cuma prosesnya sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika hadir ke Program Bantuan Mangsa Kebakaran, Tabung Musaadah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – Yayasan Waqaf Malaysia (Jakim-YWM) di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Dalam majlis itu, tiga beradik Khairuzaman Mohd. Nor, 39, Fakhru Razi, 36, dan adik bongsu mereka yang buta kedua-dua belah matanya, Mohd. Yazid,30, menerima bantuan sebanyak RM50,000 untuk membina semula rumah pusaka keluarga mereka yang terbakar pada awal bulan ini.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang memburu Sajat selepas waran tangkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa lalu.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan Agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Kesalahan itu dilakukan di Nursajat Beauticion, Seksyen 16 di sini pada pukul 7.30 malam, 23 Februari tahun lalu.

Mengulas lanjut, menurut Ahmad Marzuk, menyentuh mengenai keengganan Sajat untuk hadir ke mahkamah berkemungkinan kerana dia mempunyai alasan yang boleh diterima.

“Sekiranya, mahkamah memerlukan satu tindakan lain, itu terpulang kepada pihak mahkamah.

“Perlu diingatkan bahawa negara ini ditegakkan prinsip ‘Rule Of Law’. Tidak ada yang akan terlepas daripada undang-undang,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI