fbpx

Rasuah seperti sugar baby, cari kemewahan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHAMAD AZLAN JAAFAR
PENGARANG KUMPULAN MEDIA MULIA

ISU sugar baby, sugar daddy and Sugarbook mendapat perhatian meluas. Ia bermula apabila laman web mencari sugar baby dan sugar daddy terbesar di dunia ‘SeekingArrangement’ mengumumkan bahawa Malaysia berada di tempat ketiga di belakang India dan Indonesia dengan 42,500 sugar daddy.

Perkara itu mendapat liputan meluas dan tidak kurang menimbulkan kegusaran. Tetapi pendedahan lawan web tempatan Sugarbook yang menemukan lelaki kaya dan wanita muda, menyebabkan ia tiba-tiba menjadi ‘masalah utama’ negara.

Laporan itu menyatakan terdapat peningkatan 40 peratus pelajar universiti dan kolej yang mendaftar sebagai sugar baby di laman web itu sejak Januari.

Sugarbook berkata, terdapat 12,705 pelajar daripada 10 institusi pengajian tinggi di Lembah Klang yang mendaftar dengan laman ‘dating’ terbesar di Asia itu.

Sejak itu, pengasas Sugarbook telah ditahan dan didakwa kerana menyebabkan kegentaran awam menerusi hebahan ‘Top 10 Sugarbaby University In Malaysia’. Chan Eu Boon, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hebahan mengenai jumlah sugar baby dalam kalangan pelajar universiti dan kolej yang menyebabkan masyarakat melompat. Ada mengecam pengasas Sugarbook kerana mendedahkan perkara itu.

Walaupun hendak dimarah sama ada atas sebab apa sekali pun, realitinya, walaupun mungkin tidak seburuk dipaparkan menerusi ‘Top 10 Sugarbaby University’, perkara itu wujud dalam masyarakat.

Pahit seperti mana pun, ia berleluasa sejak sekian lama apabila ramai lelaki menjadi jutawan.

Seperti juga rasuah, pelacuran dan dadah, terdapat dua pihak – permintaan dan penawaran. Bila ada permintaan akan ada penawaran. Perniagaan ‘dosa’ ini memang lumayan.

Kosmo! sendiri memaparkan kisah dua ‘sugar baby’ baru-baru ini. Kehidupan mereka lebih mewah berbanding profesional yang bekerja keras pada usia 30 tahun.

Utusan Malaysia pernah memaparkan kisah ‘anak ikan’ yang menjadi lelaki simpanan wanita kaya. Realitinya, seks digunakan sebagai punca rezeki. Ia antara profesion paling awal di dunia. Ia jalan mudah kepada kesenangan. Kepada pelajar kolej, ini cara mencapai lambang status seperti rakan kaya lain.

Seperti sindiket pelacuran membabitkan ibu tunggal menggunakan melalui aplikasi MiChat di Kelantan. Di mana batas moral? Ia boleh dibincangkan sehingga lembu pulang ke kandang.

Tetapi terasnya, sama ada rasuah, pelacuran atau sugar baby, ia jalan mudah kepada kesenangan. Dan kalau diukur, mungkin penerima rasuah lebih berdosa besar kepada masyarakat.

Mereka mengambil hak orang lain yang lebih layak, menyebabkan ketirisan wang rakyat, membesarkan pembelanjaan pemerintah, menipu pembayar cukai dan menidakkan hak rakyat kepada keperluan asas lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI