SEREMBAN – Konvoi membawa vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dari Subang, Selangor selamat tiba di Klinik Kesihatan Seremban 2 di sini pukul 11.23 pagi tadi.
Van logistik DHL yang membawa vaksin itu diiringi tujuh kenderaan lain termasuk kereta peronda polis.
Klinik Kesihatan Seremban 2 dipercayai menjadi pusat simpanan vaksin berkenaan di negeri ini selain Hospital Tampin.
Sebelum ini, vaksin itu dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang menuju ke Subang.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk edaran ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan termasuk Negeri Sembilan hari ini.
Sementara itu, jumlah sebenar vaksin yang ditempatkan di negeri ini termasuk jumlah individu yang bakal menerima vaksin pada fasa pertama ini masih belum diketahui. – K! ONLINE