fbpx

Mourinho didesak lepaskan jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO (kiri) tidak lagi menjadi kegemaran peminat-peminat Spurs yang mendesak beliau agar melepaskan jawatannya. – AFP

LONDON – Legenda Tottenham Hotspur, Glenn Hoddle mengkritik para peminat tegar pasukan itu yang mendesak pengurus, Jose Mourinho dipecat serta-merta disebabkan prestasi hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Mourinho seperti kehilangan magis selepas momentum Spurs ketika ini semakin mengecewakan apabila merekodkan lima kekalahan dalam enam aksi.

Hoddle berpendapat, pe­ngaruh Mourinho dalam dunia bola sepak tidak boleh dipertikai hanya disebabkan beberapa keputusan hambar memandangkan beliau berpotensi menghadiah­kan trofi pertama buat Spurs musim ini.

“Saya dengar banyak rungut­an daripada peminat yang mahu Mourinho dipecat kerana keputusan negatif. Mereka tidak sedar Mourinho masih berupaya untuk menyumbang trofi buat pasukan musim ini.

“Spurs berpotensi menjuarai Liga Europa selain mempunyai peluang yang cukup baik selepas melangkah ke final Piala Liga England bertemu Manchester City pada April depan.

“Saya anggap keputusan untuk memecat Mourinho masih terlalu awal kerana beliau tidak pernah gagal menyumbang trofi kepada mana-mana pasukan yang dibimbingnya,” kata Hoddle.

Mourinho, 58, cemerlang dalam tempoh 20 tahun karier kejurulatihan apabila berjaya menjulang pelbagai trofi bersama bekas kelabnya seperti Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United.

Sebagai rekod, nama ketua jurulatih RB Leipzig, Julian Nagelsmann kini dipetik sebagai calon individu paling berpotensi menggantikan tempat Mourinho sekiranya pengendali kelahiran Portugal itu dipecat oleh pihak pengurusan Spurs selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI