fbpx
Jennie dan G-Dragon dilaporkan telah menjalinkan hubungan cinta selama setahun.

Jennie Blackpink, G-Dragon bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Jennie Blackpink dan G-Dragon daripada kumpulan Big Bang mengejutkan peminat apabila mereka dilaporkan telah menjalinkan hubungan cinta selama setahun.

Berita tersebut telah didedahkankan oleh portal hiburan, Dispatch beberapa jam yang lalu. Menurut portal berkenaan, pasangan itu menjadikan apartmen mewah G-Dragon di Hannam, Seoul sebagai lokasi untuk bertemu janji.

Difahamkan kediaman mewah G-Dragon, 32, dilengkapi dengan sistem keselamatan yang ketat, malah mempunyai dua pintu masuk yang berbeza. Oleh itu, kediaman berkenaan cukup sesuai untuk pasangan selebriti berprofil tinggi seperti mereka.

Tambahan, Jennie, 24, telah mendaftar nombor kenderaannya dalam sistem keselamatan kediaman mewah berkenaan, jadi dia tidak perlu mengesahkan kehadirannya setiap kali berkunjung ke sana. Dia kemudiannya menggunakan lif berasingan yang terus ke rumah G-Dragon.

Khabarnya, Jennie mempunyai rutin untuk bertemu janji. Dia akan melawat G-Dragon setiap kali selesai dengan aktiviti seni Blackpink. Sungguhpun begitu, hubungan mereka bukan lagi rahsia, sekurang-kurangnya dalam kalangan kakitangan agensi pengurusan mereka, YG Entertainment.

Pengurus Jennie juga dilaporkan sering menghantarnya ke rumah G-Dragon dan mengambilnya semula selepas itu. Kadang-kala, pengurus G-Dragon turut akan menumpangkan Jennie.

Selain itu, G-Dragon juga dilihat berada di set penggambaran video muzik album penuh pertama Blackpink sebagai tanda sokongan kepada kekasihnya.

Terbaharu, Jennie dilihat meninggalkan kediaman G-Dragon dan menuju ke lokasi konsert virtual Blackpink di Pusat Pameran Antarabangsa Korea, KINTEX pada 31 Januari lalu. Malah, kereta G-Dragon juga dilihat berada di lokasi konsert berlangsung.

Menurut sumber yang rapat dengan kedua-dua pasangan itu, hubungan mereka bukan sahaja diketahui rakan-rakan, tetapi juga direstui oleh ibu Jennie.

“Ramai orang di YG mengetahui tentang hubungan mereka termasuklah ibu Jennie sendiri. Ibu Jennie bagaimanapun merestui hubungan berkenaan dan bersyukur kerana menjaga anaknya dengan baik,” kata sumber. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN