fbpx

Pelakon filem aktif jual kerepek ubi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUHALI menunjukkan kerepek ubi yang dijualnya.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Mengecap populariti sebagai pelakon tidak menghalang Zali Shuhali atau nama sebenarnya, Shuhali Che Rus, 45, untuk aktif dalam perniagaan menjual kerepek ubi milik keluarganya di Tasek Gelugor di sini.

Menurut Shuhali, perniagaan kerepek itu telah dimulakan sejak hampir lapan tahun lalu, namun hanya dikomersialkan sepenuhnya beberapa tahun kebelakangan ini.

“Buat masa ini, kami hanya menjual satu jenis perisa iaitu kerepek ubi pedas-pedas manis yang dipasarkan di seluruh Pulau Pinang terutama SPU (Seberang Perai Utara) dan beberapa kawasan di Kedah.

“Resipi kerepek ubi ini adalah turun-temurun keluarga kami dan dijual dalam bungkusan bersaiz 500 gram (g) pada harga antara RM15 hingga RM18 sebungkus selain ‘bundle’ (borong) pada harga RM140 ke atas untuk bungkusan seberat kira-kira 70 kilogram (kg),” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Shuhali mula dikenali menerusi lakonannya sebagai watak sampingan dalam drama komedi popular, Mak Cun siri pertama dan semakin popular menerusi watak antagonis iaitu Zamri dalam filem Petaka: S­yurga Ini Milikmu.

Shuhali berkata, ketika ini permintaan kerepek ubi memberangsangkan walaupun ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), namun sukar untuk memenuhi tempahan yang jauh.

“Secara puratanya, kami mampu menjual sehingga 10 bungkusan ‘bundle’ dalam masa seminggu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI