fbpx

Kaedah bayaran balik yang adil kepada pelanggan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Syarikat pe­nerbangan diingatkan supaya melaksanakan prinsip wajar dan adil dalam menentukan kaedah pembayaran balik kepada pengguna yang terjejas akibat pembatalan penerbangan.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata, kaedah pembayaran balik mesti meletakkan pengguna terjejas di posisi serta keadaan yang sama pada waktu pembelian tiket untuk kepentingan terbaik pengguna dan syarikat penerbangan itu sendiri.

“Sekiranya penerbangan dibatalkan kerana sekatan yang dikenakan oleh kerajaan, syarikat penerbangan secara prinsipnya, perlu membayar balik amaun bersamaan dengan kos tiket pada masa pembelian.

“Ini termasuklah cukai, fi dan caj yang telah diperuntukkan di bawah mana-mana undang-­undang tertulis, serta caj perkhid­matan pilihan yang telah dibeli oleh pengguna yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Mavcom berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa kebanyakan syarikat penerbangan telah memenuhi permintaan bayaran balik kepada pengguna yang terjejas.

“Dalam mengimbangkan hak pengguna dan kelestarian industri penerbangan, Mavcom akan terus melaksanakan tugas di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] dan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016,” jelasnya.