fbpx
Nor Azila (tengah) berjaya membangunkan empayar perniagaannya melalui sokongan keluarga dan kakitangan syarikat.

Secret Correa perkukuh segmen pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – SC Global Resources Sdn. Bhd. (SC Global Resources) bermula dengan mengeluarkan produk pelangsingan popularnya di bawah jenama Secret Correa iaitu Premium Lotion
dan Secret Coffee.

Selama hampir enam tahun, fokus syarikat adalah terhadap dua produk ‘ajaib’ tersebut untuk mengukuhkan kedudukan dan jenamanya di pasaran selain meningkatkan keyakinan pelanggan.

Menjadikan pemasaran produk tersebut sebagai perniagaan teras, ia telah membantu ramai penggunanya mendapatkan berat badan yang ideal secara semula jadi.

Pelbagai promosi dilakukan dan pelbagai testimoni positif daripada pelanggan telah dikumpul sehingga jenama itu berjaya membina nama di pasaran luar negara.

Kini SC Global Resources di bawah teraju pengasasnya, Nor Azila Mohamad Azmi telah mengorak langkah ke hadapan untuk mempelbagaikan lagi segmen perniagaannya dengan inisiatif membuka pusat pelangsingan badan yang bakal dikenali sebagai Secret Correa Wellness.

Projek sulung yang akan ditempatkan di ibu pejabat syarikat di Bandar Baru Bangi itu dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun ini.

Nor Azila berkata, pusat tersebut akan menawarkan perkhidmatan membantu merawat bentuk badan dan pelangsingan dengan menggunakan mesin khusus.

Penubuhan Secret Correa Wellnes juga adalah untuk memenuhi pertanyaan dan permintaan pelanggan yang mengamalkan produk sedia ada syarikat sebelum ini.

“Pusat ini dapat membantu pelanggan mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan mereka, selain menambah keberkesanan penggunaan produk popular keluaran kami,” katanya ketika
ditemui di pejabatnya dekat sini baru-baru ini.

Barisan produk Secret Correa yang berjaya memenuhi kehendak pelanggan bukan sahaja di pasaran domestik tetapi juga di pasaran antarabangsa.

Mengulas mengenai produk sedia ada syarikat, Nor Azila yang membangunkan perniagaan tersebut bersama suaminya, Hairul Anuar Zainudin menjelaskan, Premium Lotion yang telah
berada di pasaran sejak 2014 dikenali kerana keberkesanannya dalam membantu menurunkan berat badan namun ia tetap bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.

“Jualan produk yang dapat membantu membuang lemak, membuang toksin dan melancarkan perjalanan darah itu menyumbang kira-kira 60 peratus kepada perolehan syarikat.

“Ia juga berjaya menembusi pasaran luar seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan juga Bangladesh,” jelasnya.

Tambah Nor Azila, syarikat turut menawarkan produk kopi yang merupakan minuman tambahan untuk menurunkan berat badan dengan membantu mengawal selera makan peminumnya sejak 2017.

Katanya, minuman tanpa kafein itu turut mendapat sambutan menggalakkan.

Ditanya mengenai perancangan syarikat tahun ini, Nor Azila menjelaskan, pihaknya bakal memperkenalkan produk baharu berkonsepkan suplemen untuk penjagaan kulit dari dalam yang diberi nama Secret Skinz.

Produk yang akan menemui pasaran bulan depan itu kini dalam peringkat kajian dan pembangunan serta pengumpulan hasil testimoni yang berjaya.

“Secret Skinz adalah makanan kesihatan untuk kulit selain bagi kesihatan dalaman dan luaran yang mana di dalamnya terkandung bahan aktif semula jadi seperti raspberi, strawberi, berry
cider, pine bark dan tomato.

“Selain itu, Secret Correa mahu meluaskan penguasaan pasarannya hingga ke peringkat antarabangsa dengan menembusi rantau Asia Barat,” katanya.

Dalam masa yang sama, SC Global Resources giat memperkukuhkan kehadiran di pasaran domestik dan menyasarkan pertambahan ejennya kepada lebih 10,000 orang di seluruh negara.

Sehubungan itu, syarikat menawarkan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi wakil jualan dan peluang untuk memiliki outlet jualan sendiri melalui latihan serta bimbingan yang disediakan.