fbpx

1,430 pegawai, anggota polis Kelantan bakal terima vaksin fasa pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tiga dari kiri) menunjukkan vitamin C yang disumbang oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kelantan kepada Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

KOTA BHARU – Sebanyak 3,922 dos vaksin akan diberikan kepada 1,430 orang termasuk pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan untuk fasa pertama bermula Khamis ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, vaksin tersebut akan bergerak dari Subang, Selangor pada hari tersebut dengan pasukan pengiring ke negeri ini sebelum singgah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas dan Kota Bharu.

Katanya, vaksin berkenaan akan ditempatkan di 13 lokasi di seluruh IPD negeri ini termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin.

“Dalam fasa pertama, kita mengutamakan anggota unit beruniform dan akan melakukan suntikan seawal yang mungkin.

“Kita akan agihkan borang suntikan vaksin Covid-19 kepada semua pegawai dan anggota Kontinjen Kelantan. Bagaimanapun, pengasingan akan dilakukan bagi mereka yang mempunyai penyakit asma atau alahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Pelindung Muka (Face Shield) dan Vitamin Kepada Barisan Hadapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Dalam majlis itu, beliau menerima sumbangan 400 pelindung muka, 100 botol cecair pembasmi kuman dan 720 biji vitamin bagi pihak Polis Kelantan daripada Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Abdul Aziz Nawi.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, pihaknya akan melakukan suntikan vaksin secara berperingkat dan keutamaan diberikan kepada petugas di lapangan kerana perlu berhadapan dengan ramai pihak.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI