fbpx

Mercedes serius bina jentera hadapi saingan F1 musim 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERCEDES telah memulakan perancangan dengan serius menjelang perlumbaan pada musim 2022 nanti.

LONDON – Pasukan Mercedes dilihat lebih serius menjelang persiapan saingan Formula Satu (F1) pada musim 2022 ini selepas mendedahkan pihaknya sudah membuat pelaburan dari segi masa dan wang terutama dalam pembikinan jentera mereka tahun depan.

Pengarah teknikal Mercedes, James Allison mendedahkan, peraturan akan datang merupakan titik penting kepada revolusi pembikinan yang lengkap pada jentera F1.

Peraturan baharu itu yang bakal digunakan pada musim ini bertujuan meningkatkan daya saing dan mengurangkan kos perlumbaan terutama pembikinan jentera selain lebih mesra alam sekitar.

Peraturan teknikal dan had perbelajaan musim 2021 ini terhasil daripada rundingan selama dua tahun antara pihak-pihak berkepentingan merangkumi pasukan-pasukan F1, Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) dan pemegang hak komersil berpangkalan di Amerika Syarikat, Liberty Media.

Peraturan had perbelajaan setiap pasukan kini ditetapkan pada AS$145 juta (RM586.81 juta) dan juga tambahan AS$1.2 juta bagi setiap perlumbaan. Pada tahun 2022, had perbelanjaan pasukan akan dikurangkan kepada AS$140 juta dan AS$135juta pada tahun 2023.

“Kami sudah memulakan perancangan kami dengan serius menjelang perlumbaan pada musim 2022 nanti. Tahun depan kami akan membawa perubahan baharu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Apa yang saya boleh katakan adalah jentera sangat berbeza dan pasukan akan bekerja keras untuk mendapatkan data yang terbaik pada musim 2021 ini untuk dibawa ke tahun seterusnya.

“Pasukan sedang meneliti untuk mengurangkan kos yang sedia ada dan memastikan pasukan tidak berdepan masalah untuk beralih dengan peraturan baharu itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI