fbpx

196 kes positif Covid-19 di Kelantan dari kluster dua penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jumlah kes positif Covid-19 di Kelantan meningkat secara mendadak hari ini iaitu 257 kes dengan 196 daripadanya dari Kluster Tembok Bukit Besi dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, daripada dua kluster itu, 146 kes dikesan melibatkan banduan dari Kluster Tembok Bukit Besi, Dungun yang dipindahkan ke Penjara Pengkalan Chepa.

Katanya, Kluster Tembok Pengkalan Chepa di penjara itu pula mencatatkan sebanyak 50 kes hari ini.

“Daripada jumlah keseluruhan di negeri ini, 58 kes dikesan daripada kes kontak rapat.

“Selain itu, tiga kes dikesan dengan masing-masing daripada ujian saringan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, kes yang disyaki positif dan datang dari Zon Merah, Selangor,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, kes positif Covid-19 di Kelantan menunjukkan peningkatan yang mendadak hari ini iaitu 257 kes dilaporkan jika dibandingkan dengan semalam dengan 38 kes dan 43 kes kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin dalam satu kenyataan berkata, Kluster Tembok Bukit Besi merupakan kluster yang dilaporkan di Terengganu sebelum ini.

Katanya, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Kelantan mencatatkan angka 4,457 kes dan berharap agar seluruh rakyat agar jangan leka kerana wabak itu ada dalam komuniti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI