fbpx

Pokok bentuk Mickey Mouse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sudut gambar yang diambil menjadikan pokok ini kelihatan seperti Mickey Mouse. – THE SUN

LONDON – Sebatang pokok ­gergasi di tepi ­jalan berdekatan County Durham yang menyerupai kartun animasi popular ­Mickey Mouse menjadi tular di media sosial, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Gambar itu sempat dirakam pemandu lori bernama Peter Giroux, 67, yang sering menggunakan jalan itu sebagai laluan utama sebelum memuat naiknya ke platform media sosial.

Kata Giroux, pokok tersebut pernah kelihatan seperti watak animasi Smurf dan karakter The Grinch sebelum ini.

“Saya segera menghentikan kenderaan dan mengeluarkan telefon untuk merakam gambar pokok itu apabila menyedari ia kelihatan seperti Mickey Mouse.

“Situasi ini mungkin berpunca daripada susunan daunnya atau pantulan cahaya tetapi saya fikir ia kelihatan seperti Mickey yang mahu menumpang kereta ke ­Darlington.

“Ia pernah dikenali sebagai pokok Smurf atau Grinch, tetapi saya fikir sekarang ia lebih sesuai dipanggil pokok ­Mickey,” katanya.

Gambar tersebut menerima pelbagai komen daripada warganet yang mengakui melihat persama­an bentuk pokok dengan karakter kartun Walt Disney itu.

“Saya tidak perasan ia kelihatan sama setiap kali melintasinya namun saya perlu akui bahawa dari sudut yang dirakam, saya boleh lihat Mickey,” komen seorang pengguna media sosial.

“Ini adalah kebijaksanaan alam semula jadi untuk menyebarkan perasaan ­gembira kepada mereka yang melalui jalan ini,” ­tulis seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI