fbpx

Pirlo kecewa sikap pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIRLO mengakui sikap sambil lewa para pemainnya menyumbang kepada kekalahan 1-2 Juvetus kepada Porto awal pagi semalam. - AFP

PORTO – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo mengakui seperti mengalami mimpi ngeri selepas menyaksikan barisan pemain melakukan kesilapan yang menghadiahkan dua gol mudah buat Porto selepas tewas 1-2 pada aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, dua pe­nyerang Porto, Mehdi Taremi dan Moussa Marega tidak mensia-siakan kesilapan mudah yang dilakukan oleh benteng pertahanan The Old Lady untuk meledak gol pada minit pertama dan ke-46 perlawanan.

Kata Pirlo, sikap sambil lewa yang dipamerkan oleh barisan pemainnya terutama ketika awal babak pertama dan separuh masa kedua adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana gol yang dilakukan oleh Porto itu boleh dianggap seperti ‘hadiah’ yang sepatutnya dielakkan.

“Kami telah melakukan persediaan rapi untuk mengharungi perlawanan ini tetapi segalanya musnah seawal minit pertama kerana pemain melakukan kesilapan yang tidak wajar dilakukan khususnya di posisi pertahanan.

“Gol-gol yang mereka jaringkan itu boleh dielakkan tetapi apa boleh buat, jika pasukan bolos dengan cara tersebut, keyakinan pemain sudah tentu hilang meskipun barisan berusaha untuk bangkit pada penghujung perlawanan untuk merekodkan sekurang-kurangnya keputusan seri,” kata Pirlo.

Sementara itu, pemain sayap sensasi Juventus, Federico Chiesa yang meledak gol saguhati pada perlawanan itu percaya pasukannya masih lagi berpeluang untuk melangkah ke pentas suku akhir saingan paling berprestij bola sepak Eropah itu musim ini.

“Saya akui pasukan kami layak untuk tewas pada aksi kali ini tetapi apa yang penting, kami ambil dari sudut positif kerana saingan masih belum berakhir. Pasukan perlu berusaha lebih keras untuk merekodkan kemenangan pada aksi di Turin nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI