fbpx

Pengusaha bas sekolah sara hidup dengan ambil upah tebang pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KEMAMAN – Seramai 190 pengusaha bas dan van sekolah di Terengganu semakin tertekan setelah hampir setahun perkhidmatan mereka terjejas ekoran penutupan sekolah akibat penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Pemandu Bas Sekolah Terengganu, Muhammad Ayub Adam berkata, lebih 90 peratus ahli gabungan persatuan itu tidak mampu bertahan dan dijangka gulung tikar tidak lama jika penutupan sekolah berterusan lagi pada jangka masa lama.

“Ramai telah terpaksa menjual van dan bas sekolah masing-masing demi kelangsungan hidup dan tidak mampu lagi membayar ansurans bulanan kenderaan.

“Saya difahamkan sekurang-kurangnya seramai 10 pengusaha sudah menjual van dan bas sekolah di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Ayub berkata, rata-rata mereka sangat tertekan kerana tiada pendapatan lain berikutan sebelum ini bergantung hidup semata-mata dengan menawarkan perkhidmatan menghantar murid dan pelajar ke sekolah.

Beliau yang berpengalaman 30 tahun sebagai pengusaha bas sekolah berkata, ramai ahli persatuan yang kesempitan kewangan terpaksa bekerja sambilan pada masa ini untuk menyara hidup.

“Saya sendiri terpaksa mengambil upah memotong rumput dan menebang pokok demi kelangsungan hidup,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI