fbpx

Pasangan suami isteri cedera motosikal langgar kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saidah cedera selepas motosikal yang dinaiki bersama suami, Kodin melanggar seekor kerbau yang melintas jalan di Kampung Pasir Puteh, Jeneri pada semalam.

SIK – Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut apabila motosikal yang dinaiki mereka merempuh seekor kerbau di Kampung Pasir Puteh, Jeneri dekat sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu mengakibatkan Kodin Saman, 65, dan isterinya, Saidah Chik Man, 61, mengalami kecederaan akibat terjatuh di atas jalan raya.

Kodin mengadu sakit di bahagian dada manakala Saidah pula cedera pada muka dan kaki.

Kemalangan berlaku ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang dari Pekan Sik ke rumah mereka di Kampung Sedu di Padang Pulut, Jeneri.

Pengerusi Bomba dan Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BBSYJM), Mahadzir Abdul Hamid berkata, Kodin yang menunggang motosikal tidak menyedari terdapat seekor kerbau sedang melintas jalan sebelum merempuh haiwan tersebut.

“Mangsa tidak nampak kerbau yang melintas kerana lokasi kejadian gelap disebabkan tiada lampu jalan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI